Diari Menyelami Kehidupan Si Ikarus

42785236_2024593634295795_1803566478235009024_n

Judul Buku: Ikarus

Penulis: SM Zakir

Penerbit: ITBM

Bil. Muka Surat: 277 muka surat

ISBN: 139789671231852

Pengulas: Aliff Basri

16 Ogos 2018:

Membaca Ikarus di dalam LRT. Pada asalnya Ikarus bukan pilihan untuk di LRT petang ini, tapi dia yang menemani saya dan seolah-olah mendesak-desak untuk disambung baca.

Sebenarnya, saya mencari Kumpulan Cerpen Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus pagi tadi, tak jumpa. Entah mana letaknya. Padahal baru sahaja memegangnya hujung minggu lepas.

Oh, hujung minggu lepas. Bukan baru.

Apapun, paling tidak, saya ada teman petang ini. Yang bercerita tentang Iskandar.

 

16 Ogos 2018:

“Dia seperti Ikarus..”

Ah, sudah sampai rupanya.

Bersambung…

Jam17.44
Gombak.

30 September 2018:

‘Apabila ruang kosmopolitan wujud dan berkembang di Eropah, doktrin Wesphalia mula menjadi janggal dan pada era globalisasi ini ia mula dipersoalkan..’

 

8 Oktober 2018:

Ikarus adalah sebuah novel yang berusaha mencirikan anak muda dan Melayu kosmopolitan.

Ia sindiran bersahaja tapi seperti sepakan maut di muka kita.

Ya, kita.

 

9 Oktober 2018:

#Ikarus memberikan latar belakang tempat yang mempunyai kontradiksi ekstrem: kampung vs kota kosmopolitan.

 

 12 Oktober 2018:

Aku membayangkan bagaimana nasib novel #Ikarus ini selepas PRU 14 jika BN kekal memerintah?

Ikarus berikan analisis akar umbi yang dianyam melalui jalan cerita tentang krisis identiti yang sedang berlaku pasca Merdeka bagi Malaysia di abad ke-21.

Menang atau kalah pemerintah lama, tidak mencacatkan cerminan penulis tentang jiwa anak Malaysia di abad ke 21.

Ikarus sebuah novel yang memapar bahawa kita berada di persimpangan di mana dunia politik amat mempengaruhi kehidupan masyarakatnya.

Apakah ia perlu diubah? Apakah bentuk Melayu dan Malaysia Baharu? apakah identiti Malaysia yang akan terbentuk dalam tempoh 10 tahun akan datang ini sekiranya jiwa-jiwa dan pemikiran yang menjadi perwatakan yang dominan dalam novel Ikarus terus berkembang tanpa tantangan intelektual dan budaya?

Baca dan jawab sendiri.

 

14 Oktober 2018:

Ikarus adalah kisah potensi anak muda yang ditunggang politikus dan kapitalis untuk mendapat habuan masing-masing, dalam sistem yang tiada jalan keluar -labyrinth.

 

14 Oktober 2018:

Aku kecewa dengan Ibtisam..

 

14 Oktober 2018:

Kau mencari buku fiksyen yang memapar contoh ‘vicious cycle’ dalam masyarakat kita? Ikarus.

 

14 Oktober 2018:

Novel Ikarus mengajar pembaca bukan sahaja perlu berhati-hati dengan politikus, malahan aktivis, nasionalis, liberalis, sekularis, dan islamis.

Wajah boleh bertukar jika jiwa liar.

______

Ikarus adalah salah sebuah karya penting yang wajib dibaca; sekiranya ingin mengetahui semangat zaman Malaysia setelah 60 tahun merdeka. Ikarus memapar suara hati anak muda yang jadi mangsa politikus dan kapitalis sehingga kitaran ganas kebobrokan masyarakat terus berbudaya.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s