Nisah Juru Bicara Adat Perpatih melalui ‘Duo Cerpen Nogoghi’

Nisah Haron bukan nama asing dalam dunia sastera tanah air. Karya beliau, sama ada dalam bentuk cerpen mahupun novel, pasti ada elemen memperkenal dan mewacanakan budaya Melayu. Itu kekuatan Nisah.

Duo Cerpen Nogoghi @ Duo Stories of Nogoghi mengandungi dua cerpen unik. Dwibahasa.

Menurut Nisah, dua cerpen ini adalah jawapan balas beliau kepada mereka yang ada skeptik dengan Adat Perpatih; seperti persoalan pengagihan tanah pusaka yang kononnya tidak syarak serta halangan supaya tidak berlakunya perkahwinan dengan sepupu sebelah ibu.

Pengarang berjaya menyampaikan mesej dengan mudah untuk menjawab salah faham ‘orang luar’ yang bermudah-mudahan memandang serong kepada amalan Adat Perpatih.

Uniknya naskah ini kerana ia disertakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris dan ia dibawa ke International Writing Program di Iowa. Naskah itu umpama Duta Sastera Malaysia kerana melaluinya, budaya Melayu di perkekalkan kepada dunia.

Naskah wajib baca untuk sesiapa yang masih tidak jelas tentang Adat Perpatih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s