Ulas Cerpen: Lelaki Yang Menetak Anaknya, karya Roslan Jomel

Pengulas: Aliff Basri

Baru sahaja dapat menyudahkan bacaan sebuah cerpen bertajuk ‘Lelaki Yang Menetak Anaknya’. Ia termuat dalam Kumpulan Cerpen Selamat Datang ke Malaywood, terbitan ITBM, cetakan kedua, 2015. Kumpulan Cerpen ini memenangi anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 bagi Kategori Kumpulan Cerpen.

Cerpen ini agak panjang. Tapi tidak bosan membacanya. Si pengarang, Roslan Jomel, berjaya menjadikan saya leka dan masuk ke alam hidup watak utamanya yang bernama Syukri.

Syukri, berperwatakan seperti pesakit mental, dikecam masyarakat kerana membunuh anak kecilnya, dengan tetakan sebanyak 6 kali oleh parang.

Cerpen ini akan membawa pembaca menyelami kegalauan personaliti Syukri, sebagai seorang pesakit mental – mungkin. Kenapa mungkin? Boleh baca sendiri.

Saya pernah membaca novel yang menjadikan masalah psikologi seperti ‘Dissociative identity disorder’ (DID) atau multiple personality disorder sebagai latar ceritanya, seperti Mandatori oleh Ramlee Awang Murshid. Dan Roslan Jomel melalui cerpen ‘Lelaki Yang Menetak Anaknya’, berjaya memberi pengalaman kepada pembaca untuk menjadi seperti seseorang yang mengalami masalah psikologi.

Sebak dan sedih, risau dan marah, saling bersilih ganti kerana mengenangkan nasib Syukri. Apatah lagi si isterinya yang digambarkan sebagai seorang yang berdedikasi dan bukan kakitangan awam yang biasa-biasa.

Jika berminat, cari dan bacalah. Cerpen ini berbeza.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s