Ulasan Buku: Ma’na Kebahagiaan dan Pengalaman dalam Islam

Judul Buku: Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya Dalam Islam

Penulis: Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas

Penerbit: ISTAC, 2002

Bil. Muka Surat: 128 muka surat

ISBN: 139839379240

Pengulas: Aliff Basri

Monograf ini, menurut penterjemahnya, Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman, merupakan lanjutan dan sebahagian besar isinya pernah dibentangkan dalam satu simposium yang dianjurkan oleh International Institute for Advanced Studied di Kyoto, Jepun. Monograf ini membahas salah satu isu pokok umat manusia, yakni KEBAHAGIAAN.

Karya ini merupakan terjemahan bagi makalah berjudul ‘The Meaning and Experience of Happiness in Islam’ yang turut dimuat dalam kumpulan makalah penting berjudul ‘Prolegomena to the Metaphysics of Islam’, juga diterbitkan oleh ISTAC. 

Karya terjemahan ini dibahagi kepada Dua Bahagian. Bahagian Pertama berkisar mengenai pengenalan kepada Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan juga pengenalan kepada penterjemahan karya. Bahagian Kedua pula merupakan terjemahan karya.

Persoalan Bahagia dikupas dengan perbandingan dibuat diantara faham dan pengalaman bahagia bagi peradaban Barat dan Islam serta perbezaan ketara antara keduanya.

Hari ini kita biasa dengan aspek estetika (keindahan) dan katarsis, tapi jarang mendengar konsep ‘tragedi‘ yang memayungi aspek estetika dan katarsis dalam sesebuah karya seni. 
al-Attas menjadikan kisah Sisypus, gaya hidup Greek dengan persembahan seni teater mereka dan karya Aristotle bertajuk Poetics sebagai antara objek berbincangan utama dalam mengenal rupa bentuk faham Bahagia bagi peradaban Barat. 

Sebagai alternatif dan memperkenalkan faham Bahagia menurut Islam. Faham Bahagia menurut Islam bukan setakat merasai ‘bahagia dan tenang’ untuk kehidupan di dunia sahaja, malah Bahagia yang tertinggi menurut Islam adalah apabila dapat melihat Wajah Allah di akhirat kelak.

Bahagia bukan setakat rasa seronok, tetapi meliputi rasa perit bila diuji dengan kesukaran hidup, kekurangan harta, kemiskinan, kehilangan. Namun, semua rasa sedih ini bukanlah berasaskan faham tragedi yang hampa tujuan akhir – terhad kepada hidup di dunia.

Secara peribadi, karya ini adalah asas untuk saya memahami fungsi dan aktiviti perekonomian yang sedang berlangsung pada hari ini. Persoalan kos sara hidup yang meningkat yang menatijahkan tekanan hidup, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang berkecenderungan membunuh diri, kepuasan diri menceburi aktiviti kesenian dan hiburan atau apa sahaja yang menjadikan diri merasa ‘puas dan gembira’, apakah itu secebis rasa Bahagia?

Karya ini menjawab persoalan-persoalan tersebut.

Karya ini, saya fikir, harus dibaca juga dengan karya-karya Tan Sri Prof. Dr. Al-Attas yang lain seperti yang terdapat dalam Prolegomena to The Metaphysics of Islam (ISTAC) dan Himpunan Risalah (IBFIM).

Ini adalah karya yang wajib diwariskan kepada generasi mendatang.

Rating: 5/5

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s