Ulasan Buku: Ikut Berlari di Jepun bersama Seorang Perempuan…

35012811

Judul Buku: Travelog Perempuan Nan Berlari: Dan Beberapa Buah Rumah Kopi

Penulis: Rebecca Ilham

Penerbit: Studio Anai-Anai, Cetakan Pertama & Terakhir 2017

Bil. Muka Surat: 144 muka surat

ISBN: 139789672013044

Pengulas: Aliff Basri

BLURB

Rebecca berlari dari satu titik ke satu titik yang lain, lalu membentuk satu garisan 42.195 km panjang dalam ‘pengembaraan’ untuk mencari dirinya sendiri. Dan dalam usaha yang seperti belum mahu bernoktah itu dia sempat berjeda di beberapa buah rumah kopi untuk membasahkan rengkung; sambil mencerap budaya tempatan.

Seperti selalu, dia menemukan refleksi dirinya dalam secawan kopi. Dan seperti magis, perasaan itu begitu mempersonakan. Bagi rebecca, kopi adalah seperti tonik penambah tenaga untuk dia berlari dan terus berlari lagi…

Dalam buku Perempuan Nan Berlari (dan beberapa buah rumah kopi) ini Rebecca mencatatkan pengalamannya ketika menyertai maraton di Osaka dan Toyama; tentang rumah kpi yang berceratukan di kedua-dua buah bandarserta di Kyoto, Kanazawa, dan Tokyo; tentang aroma kopi yang menyihir; tentang barista sebagai teman bersembang; tentang pohon ginkgo dan cerita-cerita lain.

KOMENTAR TUKANG BACA

Travelog (maraton) Perempuan Nan Berlari ini merupakan karya travelog pertama yang saya baca sampai ke muka surat akhir!

Ada dua faktor. Pertama, saya kenal penulisnya dan yakin karya ini juga mempunyai sesuatu yang penting untuk dikongsikan. Kedua, kerana ia mengenai kopi dan negara Jepun. Kedai Kopi adalah kedai yang menjadi tumpuan untuk bersosial atau bersendiri. Seninya adalah pada gaya pembuatannya – seni barista.

Selepas membacanya, ia boleh dianggap sebagai sebuah karya travelog yang mampu menjadi sebahagian daripada manual pelancongan kopi dan sastera Jepun. Karya ini juga boleh dikategorikan sebagai sebuah karya travelog yang disulami unsur gastronomi sebagai sebuah pengalaman penulis.

Hal ini pernah dibicarakan oleh Nisah Haron dalam kumpulan rencana berjudul Menulis Mengatur Diri Berfikir, DBP, 2017, mengenai saranan supaya para penulis dapat menerokai gaya penulisan baharu dalam bidang gastronomi. Dan tidak semata-mata menghasilkan karya gastronomi jenis kumpulan resepi sahaja!

Pembaca pasti teruja dengan kepelbagaian kedai kopi ‘indie’, barista yang berkaliber, orang tempatan yang fasih menjadi pemandu pelancong (rakan penulis, Tagori), semangat dan penghargaan Jepun terhadap sebahagian sasterawan besar mereka seperti Matsuo Basho yang terkenal dengan Haiku Katak.

Kalau ikutkan, bahasa Jepun yang digunakan agak mengganggu sebenarnya andai tidak disertakan dengan terjemahan. Begitu juga beberapa ‘typo’. Walau bagaimanapun, ia sangat minima dan boleh dibilang dengan jumlah jari tangan.

Namun, itu bukan penghalang untuk pembaca dapat memahami dan menghayati panorama indah pokok ginkgo yang keemasan, sikap ramah mesra warga Jepun kepada pelanggan dan pelancong, penat-lelah-suasana maraton yang dilalui penulis, dan ketepatan masa JR walau sibuk macam manapun situasinya. Apa itu JR? Japan Railway. Sistem keretapi yang menghubungkan bandar ke bandar. Dan banyak lagi ciri menarik tanda nadi dan jiwa Jepun disebutkan dalam karya setebal 144 halaman ini.

Andai satu hari nanti saya mahu ke Jepun, karya ini akan jadi peta penting untuk merancang perjalanan.

Goodreads mencatatkan 4.29 Bintang untuk karya ini. Saya bagi 4 Bintang!

Karya ini dibeli di program Kotakata @ Kota Buku pada 1 April 2017 yang lalu dan rasa beruntung kerana mendapat tanda tangan penulis!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s